Blogger Templates

Pages

Selasa, 21 Februari 2012

6 Perkara Wanita Perlu Amal



(Tuk yg dah kawen la,yg tak kawen pon kna taw gak tuk persiapan) =) =)

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak
dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak
baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula
dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi sallallahu alaihi wasallam seperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana.Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon
keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama
teman supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.=)

Selasa, 14 Februari 2012

"Hari Kekasih"


Assalamualaikum semua pengunjung…mintak maaf dah lame tak update blog..sbabnya…..hehe malu nak cakap..terlupa password..hik2.
Alhamdulillah hari ini yana diberi masa yang lapang oleh Allah S.W.T..Alhamdulillah..sepanjang minggu lepas yana sibuk “sokmo” hehe=) . Yana nak cerita sikit la tadi dalam kelas semasa kelas Ustaz Saidi kitaowang da bincang sal “hari kekasih”. Pada mulanya ustaz menyuruh kawan sekelas yana bagi penjelasan tentang sejarah disebalik “hari kekasih” ini. Lepas je dia bagi penjelasan tetiba ustaz panggil nama yana lak..huhu cuak dah..tak taw nak jawab apa sebab yang yana taw jawapannya sama macam kawan yana tu..huhu. Oleh sebab itu yana telah mencari jawapan dan mengkajiserba sedikit tentang hari kekasih ini..=) =)



SEJARAH HARI KEKASIH~~~~
Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai  masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Pada 14hb Februari inilah pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah dan coklat. Hari berkasih sayang la kononnya...yg untung tokey jual bunga,tokey coklat dan restoren..dan yg untungnya jugak pakwe2..yg terkulai layu makwe2 yg singkat pikiran...n iblis bersorak gembira
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya
.
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. 

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi Pertama
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.
Versi Kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Kita dapat lihat di atas bahawa hari valentine day ini tidak bermakna dan tidak ada dalam agama kita, iaitu agama Islam. Amalan merayakan Valentine 's Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.


Ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka. Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah “Hari Kekasih” atau “Hari Valentine” dalam Islam. Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang
bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oIeh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Justeru itu ayuh lah!!!! sahabat2 semua!!!! setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam kita. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam. Waallua’lam.

Khamis, 19 Januari 2012

YA ALLAH


Ya ALLAH…

Engkau permudahkanlah segala-galanya

Ya ALLAH…

Hanya Engkau yang mengetahui apa yang berada dihatiku ini..
Permudahkanlah segala-galanya..

Percepatkan lah Ya ALLAH..

aku tak tahan..

tak sanggup..
terlibat di dalam nya lagi..

aku lemah..

Ya ALLAH..

Alhamdulilah Engkau masih memberi kekuatan padaku lagi.

Mga Engkau mendengar luahanku selama ini..
Aminn..
“Luahan hati” 
Fikiranku melayang-melayang… 
Hatiku tercari-cari… 
Apa yang berada dihatiku ini… 
Apa…………
Apa………. 
Ya Rabbi… 
Ya Allah…. 
Ya Allah…

Jumaat, 24 Jun 2011

ISI HATIKU…..
Hari ini…
Pada petang yang dingin…
Tetibe hatiku terdetik untuk megluahkan isi hatiku..
Hatiku sedih..
Sepi…
Sunyi..
Aku sedih bila melihat diriku ini..
Perkara-perkara yang telah aku lakukan selama hidup dibumi ini..
Yang hanya seketika sahaja..
Yang hanya pinjaman sahaja kepadaku..
Apakah yang telah aku lakukan untuk Islam..
Jika dibandingkan dengan para Anbiya’ dahulu..
Memang jauh sangat2..
Jika dibandingkan dengan para Sahabat dahulu..
Memang jauh sekali..
Jika dibandingkan dengan kawan2 seIslamku yang lain..
Di Palestine..
Jauh sekali..
Dibandingkan denganku..
Jauh sekali..
Mereka…
Bersemangat menyebarkan Islam..
Yang dimana mereka telah meneruskan perjuangan Para Anbiya’,
Para Sahabat..
Ulama’2x..
dengan bersungguh-sunguhnya..
Tetapi aku…
Apakah sumbangan aku pada perjuangan Islam..
Apa yang telah aku lakukan selama ini..
Ya Allah…
Ya Allah..
Ya Allah…
Ya Allah…
Ya Allah..
Apa yang telah aku lakukan selama hidup didunia ini……
……………………………………………..

Jumaat, 29 April 2011

"Kesilapan kerap Wanita tentang aurat"

Pada hari ini saya telah habis membaca tajuk pertama dalam buku "UNTUKMU WANITA". Buku ini memang best dan banyak manfaatnya. Antara perkara yang saya rase harus untuk dikongsikan bersama ukhti-ukhti yang saya cintai dan kasihi ialah tentang kesilapan kerap Para Wanita sekarang ini tentang aurat. Antaranya ialah :

Kesalahan Pertama - Aurat adalah memakai tudung sahaja.

Kesalahan Kedua - Bertudung tetapi berkemeja lengan pendek.

Kesalahan Ketiga - Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Kesalahan Keempat - Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu menampakkan kawasan-kawasan yang mudah menggoda.

Kesalahan Kelima - Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan Keenam - Bertudung tetapi hanya memakainya hanya dipejabat sahaja. Semasa berada di luar rumah dan semasa bersiar-siar mereka tidak memakai tudung pon.

Kesalahan Ketujuh - Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan kebelakang, lalu ini akan mendedahkan bahagian dada daripada bertutup.

Kesalahan Kelapan - Bertudung tetapi tudungnya amatlah nipis sehingga boleh nampak bentuk leher, tengkuk, dada dan sanggul. Ada sebahagian kita menyangka bahawa menutup aurat adalah hanya menutup rambut sahaja tetapi sebenarnya ini sama sekali tidak tepat. Allah berfirman yang bermaksud :
"hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.." (Surah An-nur:31)

Kesalahan Kesembilan- Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Kesalahan Kesepuluh - Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada bernasyid atau bernyanyi.

Setelah membaca dengan sedalam-dalamnya..aku berfikir sejenak..adakah aku ada melakukannya..Ya Allah..Ya Tuhanku..ampunilah daku jika aku melakukan kesalahan-kesalahan yang sedemikian..Ya Allah..=(
Sama-sama kita renungi bersama Wahai Kaum WANITA..

Jumaat, 18 Februari 2011

Ayuh bangunlah Umat Islam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum wrt...semasa sedang mencari maklumat tentang pedagogi islam..tetibe terbaca lar blog seseorang nkie.. dalam blog ni da menceritakan sabuah kisah. Kisah ini sangat menarik utk diceritakan, terutamanya ketika dalam tazkirah2 ringkas. Perumpamaan yg baik dan dapat diterima akal akan lebih diingati dan dimanfaatkan oleh para pendengar.wAllahua'lam...

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang hak itu hak, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang hak menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kita akn terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berdua-duaan, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain.""Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.""Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!
ayuh kawan2..sahabat2..semua!!!!!ayuh bangkit daripada semua nie!!!!!!!! Takbir!!!! الله اكبر......الله اكبر.....الله اكبر