Blogger Templates

Pages

Selasa, 21 Februari 2012

6 Perkara Wanita Perlu Amal



(Tuk yg dah kawen la,yg tak kawen pon kna taw gak tuk persiapan) =) =)

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak
dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak
baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula
dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi sallallahu alaihi wasallam seperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana.Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon
keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama
teman supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.=)

Tiada ulasan: