Blogger Templates

Pages

Isnin, 17 Januari 2011

SAHABAT SEJATI

Lirik Lagu Sahabat Sejati - UNIC

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi




Gambar ngn kawan sekelas dulu...teringt kembali zaman sekolah..
huhu..




Gambar ngn kawan2 sekelas diIPGKDRI....

Yana mintak maaf jika yana pernah melakukan kesilapan n kesalahan...yana sayang korg semua..sayang kawan2 yana..=)

Sabtu, 15 Januari 2011

~~15.01.2011~~

Assalamualaikum..
Hari ini hari kedua aku,k.liza,nur n aini meneruskan perjuangn kami dalam mencapai misi kami berempat...hehehe..nak taw misi pa???? ada lar na leh gtaw..haha..
Masuk hari ini, adalah hari kedua yana mengajar k.liza bawa kereta...hehehe
hari pertama biase r tak berapa sangat...tapi ari nie k.liza dah da kemajuan... Bagus r lar k.liza...tingkatkan usaha anda mga dapat bawak kereta ngn lagi baik dan selamat..Hari ini sonok sangat2x sbb dapat melihat kegembiraan di muka k.liza,aini n nur..hehehe..sayyanggg korang..hehehe..yana sayang jgak kat kawan2 yana yg lain..
P-qah,k.jah,wajihah,oyah,mira,nad,zu,saadah,muna,k.mas,ida,k.na n Aida n Izzati...
Sayanggg korang semua...moga dapat jadi sahabat abadan abada.. I love u alll..







Khamis, 6 Januari 2011

Kenali Allah s.w.t dengan Asmaul Husna

Assalamualaikum.w.b.t....

''Kenali dirimu maka kamu akan mengenali Tuhanmu''...Begitula pepatah yang selalu kita dengar. Berkemungkinan sekarang pepatah iti akan berbunyi ''kenali asmaul husna maka kamu akan mengenali Allah''.

Mengapa Allah patut dikenali?? Allah adalah Tuhan Yang Maha Memiliki semua sifat di dunia. Allah Maha Lembut, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyanyang, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Menguasai, Allah Maha Esa. Semua sifat itu terdapat pada-Nya.

Allah Maha Lembut, jesteru itu Allah menyukai seorang hamba-Nya yang sering hiba berdoa dengan lemah-lembut, seorang anak yang bercakap dengan kedua ibubapanya secara lemah-lembut, serta Allah juga mencintai seorang isteri yang bercakap lemah-lembut dengan suaminya. Allah juga Maha Pengasih. Allah sentiasa mengasihi hambanya yang melakukan kebajikan bersedekah, bersilaturahim dan beramal soleh. Allah juga Maha Pengampun, Allah menerima taubat seseorang hamba-Nya yang telah melakukan kesalahan dan dosa. Oleh itu, kita sebagai seorang insan yang lemah yang selalu melakukan kesilapan dan dosa..cepat2lah bertaubat..InsyaAllah Allah akan mengampunkan dosa kita.

" Hanya milik Allah asmaa-ul husna[585], Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya[586]. nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang Telah mereka kerjakan."(Surah Al-A'raf)

[585] Maksudnya: nama-nama yang Agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah.
[586] Maksudnya: janganlah dihiraukan orang-orang yang menyembah Allah dengan nama-nama yang tidak sesuai dengan sifat-sifat dan keagungan Allah, atau dengan memakai asmaa-ul husna, tetapi dengan maksud menodai nama Allah atau mempergunakan asmaa-ul husna untuk nama-nama selain Allah.

Allah Yang Maha Pemurah menjanjikan bahawa berdoa dengan asmaul husna akan segera dikabulkan kerana ketika seseorang itu menyebut asmaul-husna, terbukalah pintu-pintu langit dan gelombang suaranya terus naik menembusi tujuh lapis langit sehingga ke tempat ijabahnya, Allah.

Rasulullah bersabda, ''Allah mempunyai 99 nama seratus kurang satu. Sesiapa memahaminya akan masuk syurga.'' (Sahih Bukhari,Sahih Muslim).
Kita bukanlah hanya perlu memahami secara lisan sahaja tetapi kita juga perlu amalkan melalui perbuatan dan tingkah laku kita..
Assalamualaikum..w.b.t