Blogger Templates

Selasa, 21 Februari 2012

6 Perkara Wanita Perlu Amal



(Tuk yg dah kawen la,yg tak kawen pon kna taw gak tuk persiapan) =) =)

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak
dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi Sollallahhu'alaihiwasallam sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak
baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya
Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula
dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi sallallahu alaihi wasallam seperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat
akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup
sederhana.Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon
keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama
teman supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.=)

Selasa, 14 Februari 2012

"Hari Kekasih"


Assalamualaikum semua pengunjung…mintak maaf dah lame tak update blog..sbabnya…..hehe malu nak cakap..terlupa password..hik2.
Alhamdulillah hari ini yana diberi masa yang lapang oleh Allah S.W.T..Alhamdulillah..sepanjang minggu lepas yana sibuk “sokmo” hehe=) . Yana nak cerita sikit la tadi dalam kelas semasa kelas Ustaz Saidi kitaowang da bincang sal “hari kekasih”. Pada mulanya ustaz menyuruh kawan sekelas yana bagi penjelasan tentang sejarah disebalik “hari kekasih” ini. Lepas je dia bagi penjelasan tetiba ustaz panggil nama yana lak..huhu cuak dah..tak taw nak jawab apa sebab yang yana taw jawapannya sama macam kawan yana tu..huhu. Oleh sebab itu yana telah mencari jawapan dan mengkajiserba sedikit tentang hari kekasih ini..=) =)



SEJARAH HARI KEKASIH~~~~
Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai  masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Pada 14hb Februari inilah pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah dan coklat. Hari berkasih sayang la kononnya...yg untung tokey jual bunga,tokey coklat dan restoren..dan yg untungnya jugak pakwe2..yg terkulai layu makwe2 yg singkat pikiran...n iblis bersorak gembira
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya
.
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. 

Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi Pertama
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya.
Versi Kedua
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada ‘Valentine’mu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Kita dapat lihat di atas bahawa hari valentine day ini tidak bermakna dan tidak ada dalam agama kita, iaitu agama Islam. Amalan merayakan Valentine 's Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.


Ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka. Jelas dan nyata sekali bahawa sambutan ini bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.

Berdasarkan penerangan di atas, jelaslah bahawa tidak ada istilah “Hari Kekasih” atau “Hari Valentine” dalam Islam. Justeru, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. Islam memang menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang
bukan mahram perlu melalui saluran yang dibenarkan oIeh syarak. Bukan dengan jalan yang mendorong atau merangsang kepada kemungkaran dan maksiat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Justeru itu ayuh lah!!!! sahabat2 semua!!!! setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam kita. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam. Waallua’lam.

Khamis, 19 Januari 2012

YA ALLAH


Ya ALLAH…

Engkau permudahkanlah segala-galanya

Ya ALLAH…

Hanya Engkau yang mengetahui apa yang berada dihatiku ini..
Permudahkanlah segala-galanya..

Percepatkan lah Ya ALLAH..

aku tak tahan..

tak sanggup..
terlibat di dalam nya lagi..

aku lemah..

Ya ALLAH..

Alhamdulilah Engkau masih memberi kekuatan padaku lagi.

Mga Engkau mendengar luahanku selama ini..
Aminn..
“Luahan hati” 
Fikiranku melayang-melayang… 
Hatiku tercari-cari… 
Apa yang berada dihatiku ini… 
Apa…………
Apa………. 
Ya Rabbi… 
Ya Allah…. 
Ya Allah…