Blogger Templates

Pages

Jumaat, 29 April 2011

"Kesilapan kerap Wanita tentang aurat"

Pada hari ini saya telah habis membaca tajuk pertama dalam buku "UNTUKMU WANITA". Buku ini memang best dan banyak manfaatnya. Antara perkara yang saya rase harus untuk dikongsikan bersama ukhti-ukhti yang saya cintai dan kasihi ialah tentang kesilapan kerap Para Wanita sekarang ini tentang aurat. Antaranya ialah :

Kesalahan Pertama - Aurat adalah memakai tudung sahaja.

Kesalahan Kedua - Bertudung tetapi berkemeja lengan pendek.

Kesalahan Ketiga - Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

Kesalahan Keempat - Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu menampakkan kawasan-kawasan yang mudah menggoda.

Kesalahan Kelima - Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

Kesalahan Keenam - Bertudung tetapi hanya memakainya hanya dipejabat sahaja. Semasa berada di luar rumah dan semasa bersiar-siar mereka tidak memakai tudung pon.

Kesalahan Ketujuh - Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan kebelakang, lalu ini akan mendedahkan bahagian dada daripada bertutup.

Kesalahan Kelapan - Bertudung tetapi tudungnya amatlah nipis sehingga boleh nampak bentuk leher, tengkuk, dada dan sanggul. Ada sebahagian kita menyangka bahawa menutup aurat adalah hanya menutup rambut sahaja tetapi sebenarnya ini sama sekali tidak tepat. Allah berfirman yang bermaksud :
"hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.." (Surah An-nur:31)

Kesalahan Kesembilan- Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Kesalahan Kesepuluh - Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada bernasyid atau bernyanyi.

Setelah membaca dengan sedalam-dalamnya..aku berfikir sejenak..adakah aku ada melakukannya..Ya Allah..Ya Tuhanku..ampunilah daku jika aku melakukan kesalahan-kesalahan yang sedemikian..Ya Allah..=(
Sama-sama kita renungi bersama Wahai Kaum WANITA..

Tiada ulasan: